Putrajaya, 19 November- Kerajaan negeri Perak memberikan dana RM500 secara one-off kepada 9,381 peniaga dan penjaja kecil di negeri itu.
Melalui kenyataan Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal Dato’ Azumu, kerajaan negeri telah meluluskan peruntukan lebih RM9 juta di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Negeri Perak Fasa Ke-4 (PRE Fasa 4).
Antara inisiatif lain di bawah pakej ini ialah pengecualian bayaran sewa gerai makan di bawah PBT dan tambahan RM2.7 juta Geran Prihatin Usahawan Perak (GeRUP).
Usaha ini adalah untuk meringankan beban peniaga, penjaja kecil dan usahawan mikro di negeri berkenaan.
#PKPB : Perak beri bantuan sekali bayar RM500 kepada 9,381 peniaga dan penjaja kecil untuk ringankan beban – MB @PejaOfPerak pic.twitter.com/sdLL4U7ZS8
— BERNAMA (@bernamadotcom) November 19, 2020
Kenyataan Media YAB Menteri Besar pic.twitter.com/F2aTztOXkD
— Faizal Azumu (@PejaOfPerak) November 19, 2020
Sumber: MB Perak