Siakap Keli
Kredit gambar: Polis Daerah Petaling Jaya

Polis Jadi Hero, Tindakan Pantas Bantu Selamatkan Wanita Dipercayai Keguguran Tepi Jalan

Dua orang anggota kereta peronda polis ini layak dijulang sebagai ‘hero’ apabila bertindak pantas membantu seorang wanita tempatan yang dipercayai mengalami keguguran dalam satu kejadian kelmarin.

Anggota tersebut, Koperal Muaz Abdul Qayyum Mohd Zin dan dibantu rakan setugas, Koperal Abdul Aziz Mohamed Zulkifli menerima arahan dari Bilik Gerakan Balai Polis Sri Damansara untuk bergegas ke lokasi kejadian di Jalan PJU10 Damansara Damai.

“Sampai sahaja di lokasi, pihak polis mendapati ada seorang wanita sedang duduk di atas jalan raya dalam keadaan lemah dan memberitahu bahawa beliau mengalami keguguran.

“Wanita itu juga memaklumkan bahawa beliau telah lari keluar dari bilik hotel berdekatan dan memberitahu anak perempuannya yang berumur empat tahun masih berada di bilik hotel tersebut,” maklum kenyataan rasmi Polis Daerah Petaling Jaya, semalam.

Difahamkan, suami wanita berkenaan tidak berada di lokasi tersebut sewaktu kejadian berlaku.

Bertindak pantas atas maklumat, kanak-kanak tersebut telah diselamatkan dan berjaya dibawa keluar dari bilik hotel itu oleh Koperal Muaz Abdul Qayyum.

Bagaimanapun maklumat lanjut kejadian tidak dimaklumkan dalam kenyataan tersebut, mungkin wanita itu dan anaknya dibawa ke tempat selamat bagi tindakan susulan.

Di akhir kenyataan itu turut tertulis,

“Hanya sedikit sahaja yang perlu dilakukan, dan hanya beberapa orang yang mampu mengubah kemampuan dunia ini. (Ianya) hanya dengan satu perkara baik dalam sehari.”

Anak kecil itu dibawa keluar dari bilik hotel | Kredit gambar: Polis Daerah Petaling Jaya

Sumber: Polis Daerah Petaling Jaya

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.