Siakap Keli

Suri Rumah ‘Balas Dendam’ Bengang Perniagaan Tak Disokong Suami

Setiap daripada kita pastinya pernah menjalani fasa-fasa ‘pahit’ sehingga mungkin ada yang berlaukkan air. Ia mungkin momen yang sukar untuk dilupakan namun momen itu membuatkan kita bangkit menjadi seseorang yang lebih berjaya hari ini.

Siapa sangka sosok ini yang dahulunya hanya seorang suri rumah kini mampu membangunkan ‘mahligai’ atas tanah sendiri, membahagiakan orang tua dan menyelesaikan hutang-piutang sekali gus.

Sepertinya impian semua orang ingin melakukan perkara yang sama, lebih mesra disapa Kak Aida berkongsi pengalaman bagaimana hidupnya berubah 360 darjah selepas berjumpa dengan ‘botol ajaib’ ini.

“Tak pernah terfikir dapat peluang untuk hidup macam ni sekarang. Dulu cuma suri rumah sambil berniaga di kedai runcit.

“Dalam masa sama saya mengalami masalah rambut gugur yang teruk dengan anak punya rambut yang susah sangat nak sikat. Hari-hari cuba cari jalan macam mana nak selesaikan masalah ni sebab tak tahan tengok rambut bergumpal atas lantai, jadi geli.

“Kesian juga dekat anak sebab rambut dia pun susah sikat, kusut je. Orang lain rambut ikal, panjang elok tapi anak kita rambut tak cantik. Sedih tengok dia.

Menurut Kak Aida, setelah berjumpa dengan pengasas Faith Fleur dan mencuba produk itu sendiri, masalah rambut gugur yang dihidapi dan rambut kusut anaknya semakin membaik. Daripada situ, dia cuba berkongsi kebaikan dan manfaat produk itu kepada orang lain.

Bermodalkan dengan hanya 300 botol sebagai permulaan, dalam masa dua minggu sahaja, semuanya licin.

“Keberkesanan produk tu sendiri buatkan ramai orang seronok pakai Faith Fleur ni. Saya mula jual pada Februari 2017 dan masa tu saya punya jumlah jualan RM5,000 kesemuanya.

“Bagi saya, masa tu dah banyak. Dulu hidup susah sangat sampai nak bayar bil hospital anak pun pinjam duit orang.  Kereta pernah kena tarik sebab tak bayar 3-4 bulan. Hutang ‘personal loan’ sampai lebih RM100,000.

“Paling sedih suami sendiri tak ‘support’ untuk jual produk ni,” tambah Kak Aida.

Yakin dengan jenama Faith Fleur, Kak Aida melangkah lebih jauh sehingga bukan sahaja mampu mengubah masalah diri dan nasibnya namun keseluruhan keluarga besarnya juga.

“Paling happy bila dengan pendapatan jualan Faith Fleur ni, saya boleh ‘jaga’ mak abah. Apa saja yang mereka inginkan kita dah mampu bagi.  Pening, sakit mereka kita boleh bayarkan.

Setelah 3 tahun bersama Faith Fleur Kak Aida kini antara orang yang terpenting dalam jenama terkenal tersebut.

“Hikmah ada masalah rambut gugur dulu, bila jumpa Faith Fleur semuanya bertukar macam magis. Tak pernah terbayang boleh ada pejabat sendiri, sampai boleh beli emas bergram-gram. Dulu, jangankan pakai emas, kedai emas pun jarang-jarang jejak.

Benarlah kata orang, “kejayaan tu tak datang bergolek.” Perlu melalui fasa kesusahan dan usaha yang tak pernah putus sebelum boleh capai sukses.

“Sebabkan saya sendiri yang jadi testimoni produk ni, dan puas hati dengan hasilnya, saya nak berkongsi dengan orang lain yang mengalami nasib sama.

“Kita tak tahu apa orang kat luar sana tengah lalui. Rambut gugur boleh jadikan seseorang tu mengalami tekanan. Habis hilang keyakinan diri. Rambut adalah mahkota wanita dan ianya bahagian paling berharga.  Semua wanita nak cantik, nak rambut sihat supaya rasa lebih yakin.

Mahu melihat lebih ramai suri rumah berjaya mengubah kehidupan masing-masing, Kak Aida ingin mengajak wanita di luar sana menyertai pasukannya untuk bersama-sama menjana pendapatan menjadi dropship Faith Fleur.

Jika Kak Aida mampu mengubah kehidupannya dan kini bergelar jutawan, anda juga pasti boleh melakukannya.

Untuk maklumat lanjut, hubungi atau WhatsApp 011-51875068 atau layari www.faithfleur.my.

Ikuti juga Faith Fleur HQ di Facebook dan Instagram.

Nur Farra

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.