Siakap Keli
Gambar via India Times

‘Tikus Gergasi’ Naik Pengangkutan Awam, Curi Tumpuan Warga Kota New York

Sejak berlakunya pandemik COVID-19 yang berlaku di seluruh dunia, pihak berkuasa mewajibkan masyarakat untuk memakai topeng muka pada setiap masa terutamanya di tempat awam. Kini, topeng muka menjadi alat pelindung malah juga dianggap sebagai aksesori pemakaian.

Di New York, seorang lelaki atau dikenali sebagai “Buddy The Rat” adalah orang yang pandai dalam menghiburkan penumpang dengan pemakaiannya yang seakan tikus. Bahkan, lelaki itu kerap dilihat menaiki kereta api di bandar dengan dilengkapi topeng tikus besar, ekor panjang dan berpakaian seragam. Gambar-gambarnya juga telah tersedar secara meluas di laman sosial.

Lelaki itu adalah Jonothon Lyons, seorang artis persembahan dengan kerjaya di teater. Menurut laporan New York Post, Lyons kagum kerana masyarakat New York tidak selesa dengan kehadiran “tikus” nya.

Gambar via India Times

Hal ini kerana lebih mudah untuk dirinya dan masyarakat sekeliling menjaga jarak sosial tatkala dirinya berpakaian seperti tikus gergasi.

Lyons berkata,” Saya tidak perlu bimbang tentang orang yang berjarak 6 kaki dari saya.”

Sumber: Indian Times

Nabila

Memilih untuk menjadikan pena sebagai duri yang memberi manfaat kepada manusia