Setiap anak mempunyai keistimewaan sendiri. Kata orang, botol yang berbeza, memerlukan penutup yang berbeza. Begitulah anak-anak yang pastinya mempunyai bakat dan memerlukan cara galakan yang berbeza.
Misalnya, ramai anak autisme mempunyai kelebihan dan kemampuan yang tidak sama dengan rakan sebaya. Kita dapat lihat ada antara pakar seni mahupun matematik yang terdiri daripada individu yang mempunyai autisme. Ini membuktikan potensi mereka tersendiri jika dikenalpasti dan dipupuk dari kecil.
Baru-baru ini, seorang ibu kepada kanak-kanak autisme berkongsi hasil seni anaknya yang luar biasa. Kongsi Oja Amir, anaknya yang berusia 5 tahun bernama Nia mampu menghasilkan miniatur haiwan yang comel daripada tanah liat.
Malah katanya, kadangkala beliau sendiri perlu menggunakan kamera untuk mengezum (zoom) dan mengetahui apakah haiwan yang dihasilkan Nia.
Ramai yang bertanya tentang Nia, Alhamdulillah terima kasih semua yang prihatin dan menghargai bakat Nia. Syukur dengan anugerah yang Allah pinjamkan kepada saya.
Maaf saya tak dapat balas semua komen Tuan/Puan. Hp saya balas komen lama-lama bateri jadi panas pulak. InsyaAllah ada kelapangan saya balas ya. Terima kasih sekali lagi dan salam Jumaat. Semoga Allah limpahkan kasih sayang dan rahmat-Nya buat kita semua. Aamiin.
Nama : Sutera Dania Sofyaa
Umur : 5 tahun
Anak : Bongsu dari 3 beradik
Anak saya Nia sebelum ni kalau main playdoh/clay dia akan buat binatang kegemaran dia besar-besar.
Sejak 2-3 bulan lepas, Nia dah mula kecilkan saiz binatang yang dia buat.
Kadang jenuh mata ni nak tengok binatang apa dia dah hasilkan, ada yang kena zoom dengan kamera telefon dulu baru nampak jelas binatang-binatang dia.
Seminggu 2 ni pulak, nia dah mula beralih buat binatang atas meja seolah-olah macam tampalan. Tinggi imaginasi anak syurga saya ni.
Kadang ada yang terpijak di atas lantai, kalau terkantoi dengan Nia, kalah bunyi guruh di luar.
Mohon kawan-kawan dalam group ni doakan Nia mampu bercakap macam kanak-kanak yang lain ya. Nia lebih banyak menjerit, kalau bercakap ulang-ulang lagu nursery rhymes, menangis pun sama ulang lagu di Youtube. Sukar tidur malam, melompat-lompat atas meja dan sofa, takut masuk bilik air, picky eater..
Perkongsian beliau itu membuatkan orang ramai kagum melihat karya istimewa adik Nia.
Istimewa dan kreatif sangat
Kita yang dewasa pun belum tentu dapat buat; kelebihan masing-masing
Ambil gambar dan simpan dalam album
Bijak dan berbakat
Sumber: Oja Amir