Siakap Keli
Kredit gambar: Google

“Kami Pilih Hari Jumaat 20.11.20 Kerana Baraqah,” – Dr. Sheikh Muszaphar Sedia Sambut Kelahiran Bayi Kembar Hari Ini

Angkasawan negara, Dr. Sheikh Muzaphar Shukor dikhabarkan sedang menikmati detik-detik indah kelahiran anak kembarnya pada hari ini.

Memetik kata-katanya di laman Instagram yang dikongsikan, isterinya, Dr. Harlina sudah dimasukkan ke wad bersalin semalam dan bersedia menjalani proses melahirkan anak secara C-Section (caesaran) pukul 9 pagi tadi.

Katanya, itulah pilihan terbaik buat isteri dan bakal anak kembarnya.

“Kami dinasihatkan untuk melahirkan anak kembar pada awal minggu lalu tapi berjaya bertahan sehingga 35 minggu.

“Dalam kes pre-eclampsia, satu-satunya rawatan yang ada adalah melahirkan bayi. Terlalu berisiko untuk menunggu lebih lama,” katanya menerusi caption di hantaran tersebut,

Namun apa yang lebih menarik ialah mereka berdua telah ‘berpakat’ untuk memilih tarikh hari ini sebagai hari kelahiran cahaya mata mereka.

Kata Dr. Sheikh Muzaphar, sebab utama mengapa 20 Nov hari ini dipilih jangkaan kelahiran anak adalah kerana berikut:-

“Kami memilih Jumaat 20.11.2020 berharap ianya akan menjadi Baraqah (berkat) kepada semua. Semoga Allah permudahkan segala-galanya. Doakan Dr. Harlina dan anak kembar ini. Amiin..”

Sehingga pukul 3 petang ini, belum ada apa-apa perkembangan terkini yang dilaporkannya di Instagram tersebut.

Bagaimanapun, netizen umumnya mendoakan segalanya yang terbaik buat pasangan ini.

Sumber: Instagram

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.