Siakap Keli
Gambar sekadar hiasan

PKPB Kelantan: Kluster Mengketil Merebak Pantas – Dr Noor Hisham

PUTRAJAYA, 20 Nov – Kadar kebolehjangkitan yang tinggi daripada Kluster Mengketil di Kelantan, menyebabkan kes kluster itu merebak dengan pantas, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata selain merekodkan peningkatan kes yang mendadak dalam tempoh singkat, kluster itu telah merebak ke Daerah Kota Bharu, Tanah Merah, Pasir Mas dan Kuala Krai di negeri berkenaan selain turut dikesan di Besut,Terengganu.

Justeru, katanya tindakan proaktif dan pencegahan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kelantan mulai esok diambil bagi memperlahankan peningkatan kes di negeri itu.

“Satu sebab jangkitan berlaku di Kelantan adalah kes-kes dari zon atau daerah merah yang kembali ke negeri tersebut dengan membawa jangkitan.

Jadi kita bimbang, sebab ada banyak pergerakan dari satu daerah ke daerah lain, dari negeri ke negeri lain. Jadi kebolehjangkitan itu adalah tinggi,” katanya pada sidang media perkembangan COVID-19, di sini hari ini.

 

Sumber: Bernama

Dapatkan kelengkapan elakkan Covid 19 di SINI