Siakap Keli
Gambar: Bernama

TERKINI: Masih 4 Angka, 1,041 Kes Baharu COVID-19, 3 Kes Kematian Dan 3 Kluster Baharu Dilaporkan Hari Ini

Putrajaya, 21 November – Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan lagi 1,041 kes positif COVID-19 hari ini dan menandakan bahawa kes baharu masih lagi dalam lingkungan empat angka namun lebih rendah berbanding kes sembuh iaitu 1,405.

Menurut ciapan daripada Twitter KKMalaysia, negeri tertinggi yang mencatatkan kes baharu ialah Selangor sebanyak 402 kes diikuti Sabah dengan 346 kes.

KKM juga memaklukan bahawa terdapat 3 kes kematian baharu pada hari ini. Kesemua kes kematian dilaporkan di Sabah dan jumlah kes kematian akibat COVID-19 kini adalah 332 kes.

Bagi kes sembuh pada hari ini, KKM menerusi laman Twitter mengatakan ianya merupakan jumlah sembuh tertinggi pernah direkodkan.

Selain itu, 3 kluster baharu turut dilaporkan pada hari ini melibatkan negeri Johor, Labuan dan juga Selangor.

  • PENJARA JALAN HARAPAN

Kluster ini melibatkan Penjara Sungai Buloh, Selangor. Kes-kes bagi kluster ini  dikesan positif COVID-19 hasil saringan kemasukan tahanan ke penjara pada 17 November 2020. Sehingga 21 November 2020, sejumlah 113 individu telah disaring, di mana 17 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER KOTA KECIL

Kluster  ini melibatkan daerah Kota Tinggi, Johor. Kes indeks (iaitu kes ke- 47390) dikesan positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 15 November 2020. Sehingga 21 November 2020, sejumlah 467 individu telah disaring, di mana sembilan (9) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini. Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang.

  • KLUSTER SKY COKLAT

Kluster ini melibatkan daerah Labuan, Wilayah Persekutuan Labuan. Kes indeks (iaitu kes ke-51581) dikesan positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 19 November 2020. Sehingga 21 November 2020, sejumlah  51 individu telah disaring, di mana tujuh (7) kes telah dikesan positif COVID-19. Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Labuan.

Sumber: KKM