Siakap Keli
Gambar via thehindu.com

Waspada, Amaran Ribut Petir Dan Hujan Lebat Dijangka Melanda Beberapa Buah Negeri Sehingga Malam Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan kenyataan berkaitan amaran ribut petir dan hujan lebat yang dijangka akan melanda 4 buah negeri sehingga jam 5 petang dan sehingga jam 7 malam 21 november 2020. Kenyataan amaran ribut petir tersebut dikeluarkan pada pukul 3:10 petang hari ini melalui akaun Twitter rasmi mereka.

Berikut merupakan negeri serta kawasan yang dijangka terlibat sehingga 6:00 petang, 21 November 2020.

Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Bera dan Rompin)
Sarawak : Miri (Miri dan Marudi) dan Limbang
Sabah : Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort dan Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Tawau dan Lahad Datu), Sandakan (Telupid dan Beluran) dan Kudat.

Negeri serta kawasan yang dijangka terlibat sehingga 7:00 malam, 21 November 2020.

Johor (Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru)

Sumber : Jabatan Meteorologi Malaysia 

Aziezzan

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.