Siakap Keli

Gempa Bumi Kuat Bermagnitud 6.0 ‘Goncang’ Pantai Chile Pagi Tadi

Jabatan Meteorologi Malaysia melaporkan bahawa terdapat gegaran gempa bumi kuat bermagnitud 6.0 skala Ritcher dikesan berlaku berhampiran pantai Chile pada pukul 8:54 pagi, 22 November 2020.

Menurut laporan yang dikeluarkan, pusat gempa bumi tersebut terletak di 34.6° Selatan dan 73.0° Barat dengan kedalaman 10 km. serta sejauh 144km Barat Laut dari Talca,Chile.

Tiada amaran tsunami dinyatakan setakat ini.

Sumber : Jabatan Meteorologi Malaysia