Siakap Keli
Gambar: Rosni Musa

“Kena Ada Rasa Pedas, Masam, Manis & Masin,” Wanita Kongsi Resipi Buat Sambal Belacan Sedap Buat Penambah Selera

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Pasti ramai diantara kita yang semestinya kurang berselera menjamah hidangan sekiranya tidak ada sambal belacan yang dihidangkan sekali di atas meja.

Ramai yang gemar menikmati hidangan ini dan juga ramai yang mahir untuk menyediakannya. Namun, lain resipi yang dilakukan, lainlah rasanya.

Justeru daripada itu, seorang pengguna Facebook bernama Rosni Musa ada berkongsikan tentang resipi membuat sambal belacan ini. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:

Ini namanya sambal belacan.

Lain orang lain cara penyediaannya.
Tapi sambal belacan Hakak Ros sampai ada yang termimpi-mimpi bila dah lama tak merasa.
Dalam rumah ni kalau Abang Long ada, stok sambal belacan kena sentiasa ada. Hantu sambal belacan anak bujang tu.
Abang Long cakap sambal belacan ibu yang paling sedap di dunia. Dah namanya anak ibu, air tangan ibunya jugak yang sedap.

Meh lar kita tengok resipinya.

Sambal belacan ni ramai peminatnya.

Belacan Melaka 1/2 ketul
Bawang besar 1 biji sedang
Cili api 40 – 50 biji
Cili besar 5 – 8 biji
Limau kasturi 10 – 15 biji
Gula 2 sudu besar (agak-agak jer)

Mula-mula kita gorengkan sebentar belacan & bawang besar. Bawang tu jangan layu sangat. Agak-agak dah layu sikit terus angkat.

Masukkan belacan & bawang yang telah digoreng bersama cili api, cili besar (cili-cili tu tak perlu goreng. Tapi kalau nak goreng sekejap pon boleh) & gula. Gula pon jangan banyak sangat. Agak-agak jer tau untuk seimbangkan rasa. Hakak Ros tak letak garam sebab belacan Melaka tu dah masin. Tapi kalau belacan rasa tak masin boleh lar isi sedikit garam.

Kemudian perahkan limau kasturi anggaran dalam 10 – 15 biji. Sambal belacan Hakak Ros tak menggunakan air. Hanya air limau kasturi jer.

Blend kasar. Kalau buat dalam kuantiti sedikit guna lar lesung batu untuk menumbuk. Yang penting seimbangkan rasanya.
Ni masa blend tak guna sebarang air tau. Hanya air limau kasturi jer untuk menggerakkan blender.

Sambal belacan ni kena ada rasa pedas, masam, manis & masin. Sedang-sedangkan kat tekak lar kiranya.

Ada ulam-ulaman syiok makan dengan sambal belacan.

Sumber: Rosni Musa

Aqmal Ezany

I write what is right