Siakap Keli

4 Manfaat Kayu Manis Untuk Penghidap Kencing Manis

Diabetes merupakan salah satu penyakit kronik yang mungkin boleh menyebabkan kematian. Penyakit ini berlaku berpunca dari lonjakkan kadar gula dalam darah yang tinggi. Untuk makluman, kadar gula dalam darah yang tidak terkawal boleh menjadi punca komplikasi penyakit seperti jantung, ginjal dan kerosakkan saraf. Perawatan untuk pesakit diabetes kebiasaannya adalah ubat-ubatan hospital atau suntikan insulin. Akan tetapi, terdapat banyak juga cara pengubatan semula jadi yang boleh diamalkan salah satunya adalah kayu manis atau cinnamon.

Berikut beberapa manfaat yang diperolehi dari kayu manis untuk penghidap diabetes.

1. Antioksidan yang tinggi

Peneliti berpendapat bahawa kayu manis memiliki jumlah antioksidan yang tinggi. Antioksidan membantu tubuh mengurangkan stress oksidatif, sejenis kerosakan sel yang disebabkan oleh radikal bebas. Penelitian menunjukan pengamalan 500 miligram ekstrak kayu manis setiap hari selama 12 minggu mampu menurunkan penanda stress oksidatif sebesar 14 peratus pada orang dewasa dengan pradiabetes. Hal ini sangat penting kerana stress oksidatif telah terlibat dalam perkembangan hampir setiap penyakit kronik, termasuk diabetes tahap 2.

2. Meningkatkan sensitiviti insulin

Pada penghidap diabetes, pankreas tidak dapat menghasilkan insulin yang cukup atau sel tidak ada tindak balas insulin dengan baik, yang menyebabkan kadar gula darah tinggi. Kayu manis dapat membantu menurunkan gula darah dan melawan diabetes dengan meniru kesan insulin dan meningkatkan bawaan glukosa ke dalam sel. Hal ini juga dapat meningkatkan sensitiviti insulin yang membantu menurunkan kadar gula dalam darah.

3. Menurunkan kadar gula selepas makan

Bergantung pada ukuran makanan dan berapa banyak karbohidrat yang dikandungnya, kadar gula darah dapat meningkat secara dramatik setelah kita makan. Turun naik gula darah ini dapat meningkatkan kadar stress oksidatif dan peradangan yang cenderung menyebabkan banyak kerosakan pada sel-sel tubuh. Keadaan ini juga membuat kita berisiko terkena penyakit kronik.

Kayu manis dapat membantu menjaga lonjakan gula dalam darah setelah makan. Manfaat tersebut terjadi kerana kayu manis dapat melambatkan proses  pencernaan. Selain itu, kayu manis juga dapat menurunkan gula dalam darah setelah makan dengan menyekat enzim pencernaan yang memecah karbohidrat di usus kecil.

4. Mnegurangkan risiko komplikasi diabetes

Kayu manis dapat menurunkan faktor risiko penyakit jantung yang juga terdedah pada penghidap diabetes. Diabetes juga boleh menjadi punca penyakit alzheimer dan demensia. Sudi menunjukan ekstrak kayu manis dapat menurunkan kemampuan dua Protein-Beta-Amiloid dan Tau- untuk membentuk plak yang merupakan faktor terkait perkembangan penyakit Alzheimer.

Sumber- K0mpas.com

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.