Sekali pandang, menunggang kuda terlihat seperti perkara yang mudah dilakukan. Namun, ianya memerlukan pemahaman dan latihan supaya boleh menunggang kuda dengan selamat dan. Instruktur Sekolah Berkuda di Wisata Selorejo, Ngantang, Kabupaten Malang Said Mukhtarom mengatakan, ada beberapa hal yang perlu ditik beratkan untuk belajar menunggang kuda.
1. Berani dan tenang
Kunci utama yang harus dimiliki oleh penunggang kuda amatur adalah keberanian dan ketenangan. Menurut Said, kuda dapat mengesan getaran tubuh yang penunggangnya sehingga jika ada rasa takut, kuda akan merasakan hal yang sama.
“Saat kita sudah di atas belakang kuda, kita harus tenang. Ketika kita makin takut di atas kuda tubuh kita itu akan ditangkap oleh signal kuda, maka kuda juga akan rasa takut,” kata Said kepada Kompas.com, Sabtu (21/11/2020).
2. Belajar keseimbangan
Setelah itu, penunggang kuda amatur harus belajar keseimbangan selama berada di atas kuda. Oleh itu, belajar berkuda harus melalui lintasan yang berliku supaya penunggangnya dapat berlatih mengimbangi ketika menunggang.
3. Fahami tabiat kuda
Penunggang kuda juga harus memahami tabiat kuda. Hal ini penting kerana setiap kuda memiliki tabiat yang berbeza-beza. “Ada kuda yang suka buat perangai, ada kuda yang sabar dan kalau sudah masuk di perlumbaan itu ada yang hanya dengan ‘hush’ saja sudah lari. Kalau kita tidak tahu hal itu berhenti saja kuda itu,” ujar Said.
4. Fahami pergerakkan kuda
Kemudian, penunggang kuda harus memahami cara menggerakkan kuda sesuai perintah yang difahami kuda. Said mengatakan, perintah menjalankan kuda boleh dengan menarik tali kendalinya, boleh juga dengan kata ‘hush’ atau dengan menampar punggung kuda.
“Ada yang harus ditampar di punggungnya, biasanya itu untuk kuda lumba. Makanya harus ada chemistry dengan kuda,” jelasnya.
5. Membiasakan diri dengan gerakkan kuda
Penunggang kuda juga harus terbiasa dengan gerakan tubuh kuda saat berjalan atau berlari. Sehingga penunggang boleh duduk dengan tenang dan lentur di atas pelana kuda.
6. Fahami pola permakanan kuda
Setelah itu, penunggang kuda harus memahami pola permakan kuda yang baik. Hal ini untuk mengeratkan pertalian di antara penunggang dengan kuda.
Sumber- Kompas.com