Siakap Keli

Ahli Arkeologi Temui Dua Jasad, Dipercayai Mangsa Letusan Gunung Berapi Kota Pompeii Di Itali

Ahli arkeologi dilapor menemui dua jasad, dipercayai mangsa letusan gunung berapi Vesuvius kerajaan Roman purba di Pompeii, kira-kira 2000 tahun lampau, pada Sabtu, menurut CNN.

Hasil penelitian awal yang dibuat, penyelidik mendapati jasad berkenaan mungkin milik seorang bangsawan, berusia sekitar 30 – 40 tahun, dan hambanya, berusia diantara 18 – 23 tahun.

Jasad kedua-duanya ditemui di Civita Giuliana, didalam ruang bawah tanah sebuah villa, kira-kira 700 meter daripada pusat bandar Kota Pompeii.

Menurut laporan CNN lagi, penyelidik percaya kedua-dua mangsa berkenaan dipercayai cuba mencari perlindungan ketika bencana berkenaan berlaku, berdasarkan lokasi jasad berkenaan ditemui.

Hasil penelitian juga, penyelidik membuat kesimpulan awal bahawa kedua-duanya waktu dalam keadaan terkejut dan dahsyat.

Dalam satu kenyataan, jurucakap Kementerian Budaya menganggap bahawa penemuan berkenaan sebagai bersejarah dan Pompeii diiktiraf sebagai kawasan yang bernilai tinggi untuk diselidik dan dikaji.

Menurut catatan sejarah, Kota Pompeii yang terletak kira-kira 23 km dari Napples didiami sekitar 13,000 penduduk ketika letusan gunung berapi berlaku, menenggelamkan kota berkenaan dalam lava dan debu.

Kesan-kesan peninggalan kota berkenaan hanya berjaya ditemui sekitar kurun ke-16 dan kerja-kerja ekskavasi hanya bermula 1750.

Sumber: CNN

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.