Susulan daripada seorang artis terkenal Aliff Satar yang didapati positif Covid-19, ibu dan ayah penyanyi tersebut turut dijangkiti pandemik berkenaan.
Terkini, adik penyanyi itu juga dijangkiti wabak Covid-19. Perkara ini disahkan oleh pengurus Aliff iaitu Adlina. Menurut Adlina, isteri Aliff bersama tiga orang anaknya juga telah menjalani ujian saringan pagi tadi.
Sehubungan dengan itu, selebriti terkenal tersebut memohon agar peminatnya mendoakan isteri dan anak-anaknya bebas daripada jangkitan wabak ini.
Aliff Satar atau nama sebenanrya Muhammad Aliff Mohd Satar, kini dirawat di Hospital Melaka. Beliau dalam keadaan yang sihat dan menjalani SOP yang ditetapkan oleh pasukan kesihatan.
Terdahulu, Aliff telah menjalani saringan akhir sebelum mengikut program petandingan separuh akhir. Namun, nasib tidak menyebelahinya dan pada Ahad petang, beliau mendapati keputusan adalah positif.
Sumber: Astro Awani