Siakap Keli
Gambar via Google

Keterujaan Lelaki Terbantut, Dakwa Beli PS5 Secara “Online” Tapi Yang Sampai Sekampit Beras

Baru-baru ini, viral permainan konsol terbaharu keluaran Sony, Playstation 5 yang dinanti-nantikan oleh para gamers. Peminat yang telah membuat pembelian terkejut apabila mendapati permainan yang mereka nantikan bertukar menjadi sebuah tragedi.

Beberapa pelanggan berkongsi kekecewaan dan kekeliruan yang berlaku di laman sosial Twitter mereka di mana konsol mereka digantikan dengan barangan seperti makanan kucing, alat urut kaki dan sebagainya.

Perkara ini telah menjadi isu yang sangat serius sehingga mendapat perhatian dari warganet malah pihak Amazon sendiri.

Bahkan, pelanggan memaklumkan bahawa bungkusan secara tidak sengaja ditandakan sebagai telah dihantar dan diterima meskipun mereka tidak menerima barangan tersebut. Dan kemungkinan kejadian tersebut berlaku disebabkan pencurian sebelum pesanan sampai ke tangan penerima.

Kini, pihak Amazon sedang melakukan siasatan atas kejadian yang berlaku dan menggesa sesiapa sahaja yang terlibat untuk menghubungi pasukan khidmat pelanggan mereka.

Sumber: Metro UK

Nabila

Memilih untuk menjadikan pena sebagai duri yang memberi manfaat kepada manusia