Tidak kira anak kucing mahupun kucing dewasa memang sangat gemar mengcakar perabot-perabot di rumah dari sofa, karpet dan kasut hingga membuat barang-barang tersebut menjadi rosak. Tapi, sebelum bertindak lebih lanjut, ketahuilah bahawa habit tersebut ternyata memiliki sebab khasnya. Pakar tingkah laku haiwan dan duta Purina One, Dr Jo Righetti menjelaskan beberapa sebab seperti yang disiarkan dalam Better Homes and Gardens. Di antaranya:
- Peregangan: kucing yang mengcakar berkemungkinan sedang meregangkan serta memperkuat otot dan sendi di seluruh tubuhnya.
- Menjaga kesihatan kuku: mengcakar akan menghilangkan kulit kuku bahagian luar dan menjaga kesihatan kuku kucing.
- Tanda kawasan: kuku kucing mengandungi kelenjar bau dan cakaran membantu mereka menanda kawasannya dan merupakan metod komunikasi semula jadi untuk kucing. Menandai wilayah membuat kucing lebih rileks dan mengurangkan keinginan untuk melakukan perilaku yang tidak diingini di rumah.
- Mendapatkan perhatian: ada kucing dengan cepat mengetahui bahawa mengcakar sesuatu akan membuat tuannya berinteraksi dengan mereka. Bahkan interaksi negatif pun sepadan untuk beberapa kucing yang mencintai perhatian.
Untuk mencegah kucing merosakkan barang, terdapat beberapa cara yang boleh diterapkan untuk mencegah kucing-kucing mengcakar barang di rumah, antaranya ialah:
1. Menyediakan sesuatu untuk dicakar
Mengcakar adalah kebiasaan yang sihat untuk kucing. Untuk mencegah kucing mengcakar sembarangan, anda boleh menyediakan sesuatu yang khusus untuk kucing mengcakar. Sebagai contoh, tiang pengcakar kucing atau mainan kucing interaktif. Pastikan tiang cakaran tersebut kuat, kukuh, tinggi dan tertutup dari bahan yang suka dicakar kucing. “Beberapa kucing pasti menyukai tali sisal, kotak atau karpet, jadi anda mungkin perlu membuat sedikit kajian untuk menemukan apa yang disukai kucing,” katanya. Menempatkan tiang cakaran pada berbagai sudut dapat mendorong kucing untuk mempunyai alternatif sudut untuk mengcakar.
Sebabnya, beberapa kucing menyukai goresan horizontal dan beberapa menyukai goresan vertikal. “Saya juga menyarankan untuk menempatkan catnip atau honeysuckle untuk mengcetus minat kucing pada tiang cakaran yang baru serta rutin akan membawanya ke situ ketika mereka bangun dan pada waktu biasanya mereka mengcakar,” ujar Righetti.
2. Letakkan tiang mengcakar di kawasan strategik
Letakkan tiang garukan di tempat yang disukai kucingmu, seperti di ruang tamu atau dekat jendela, untuk mendorong mereka menggunakan tiang tersebut. Kamu juga bisa menempatkannya di dekat area tidur mereka. “Sama seperti kita, kucing suka melakukan peregangan saat bangun. Jadi, menempatkan tiang secara strategis di dekat area tidur kucing adalah idea bagus,” ujar dia. Jika kucing gemar menggaruk sofa atau perabot lainnya, letakkan tiang di depan area tersebut untuk memberi mereka tujuan baru untuk menggaruk. “Ketika mereka mulai menyelidiki tiang garukan tersebut, berilah penghargaan dengan memujinya atau memberi camilan,” sambung Righetti.
3. Buat barang-barang tidak menarik untuk dicakar
Ada beberapa metod yang boleh dilakukan untuk melindungi perabot dari cakaran kucing, termasuk: Semburkan pada permukaan barang dengan semburan beraroma lemon kerana kucing secara semula jadi tidak menggemari bau limau. Selitkan selembar kain di sekitar kawasan yang tergores sehingga kucing tidak dapat terus mengcakarnya. Menggunakan penutup sofa juga boleh jadi salah satu alternatif dan menggunakan double tape atau aluminium foil pada perabot untuk jangka waktu tertentu yang membuat kucing merasa tidak selesa.
4. Buat jadual waktu bermain
Menurut Righetti, jika kucing bosan atau tidak mampu untuk menghilangkan stress mereka menjadi lebih terdedah dengan rasa untuk mengcakar barang. Jadi, cubalah mengjadualkan waktu setiap hari untuk bermain dengan kucing dan memperkenalkan mainan baru yang menarik untuk mencegah kebiasaan tersebut.
5. Potong kuku kucing secara berkala
Righetti mengatakan, memangkas kuku kucing secara rutin bukan hanya aspek penting untuk menjaga kesihatannya tetapi juga salah satu cara paling efektif untuk mengurangkan kerosakan akibat cakaran kuku pada perabot. Gunakan pemotong kuku yang ramah kucing dan berkualiti dari doktor haiwan, picit tapak kakinya dengan lembut untuk mengeluarkan kukunya. Jika kucing menolak, cubalah membungkusnya dengan kain lembut untuk pengendalian yang aman. “Ada banyak produk yang juga untuk membantu ketika pemotongan, tetapi jika kucingmu sangat sulit untuk dipotong kukunya pergi ke doktor haiwan mungkin lebih baik,” kata dia.
Sumber- Kompas.com