Siakap Keli
Kredit gambar: LZS

Seorang Kakitangan Ibu Pejabat Lembaga Zakat Selangor Dilapor Positif COVID-19

SHAH ALAM, 23 Nov – Seorang warga kerja Lembaga Zakat Selangor (LZS) di Ibu Pejabat LZS, Seksyen 13 Shah Alam dilapor positif COVID-19.

LZS menerusi satu kenyataan memaklumkan, kakitangan tersebut pada awalnya telah dikenal pasti sebagai kontak rapat keluarga terdekat, sebelum diarahkan untuk menjalani kuarantin kendiri di rumah selama 14 hari bermula 11 Nov lalu.

“Sepanjang tempoh itu, kakitangan tersebut tidak menghadirkan diri ke pejabat dan tidak berurusan dengan mana-mana warga kerja lain serta pelanggan.

“Warga kerja tersebut telah menjalani saringan pada 19 Nov dan disahkan positif pada 22 Nov berikutnya,” kata kenyataan tersebut hari ini.

Difahamkan, menurut kenyataan itu lagi, kakitangan tersebut kini sedang menjalani rawatan susulan di hospital.

Dalam pada itu, pihak LZS kini bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan (KKM) dalam memastikan semua tindakan bagi mencegah penularan COVID-19 dijalankan segera.

“Proses disinfeksi secara menyeluruh juga telah dilaksanakan di kawasan kerja yang terlibat mengikut garis panduan yang ditetapkan,” tambah kenyataan tersebut.

Sehubungan itu, semua warga kerja serta pelanggan yang berurusan diminta untuk sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Sumber: Lembaga Zakat Selangor

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.