Siakap Keli
Gambar Via Datuk Dr Zulkifli

“Terima Kasih Cik, Besarkan Kami…”, Hati Bergelojak, Dr. Zulkifli Kenang 10 Tahun Pemergian Arwah Ibu

Seperti yang diketahui, kehilangan seorang ibu buat selama-lamanya sangat berat untuk dihadapi.

Tiada lagi tempat untuk mengadu segala rasa, tiada lagi doa yang tulus ikhlas dari mereka.

Menerusi perkongsian terbaru Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, beliau mengenang kembali ibunya yang telah meninggal dunia sejak 10 tahun yang lalu.

Ikuti perkongsiannya di bawah ini.

IBUKU

Awan berarak mendung saat ini seakan memahami gelojak hati saya pada hari ini. 10 tahun lalu pada tarikh ini, Cik tinggalkan kami adik beradik buat selamanya. Cik adalah panggilan kami kepada ibu.

Doa dan sedekah Surah al-Fatihah sentiasa mengiringi ibuku yang tercinta.

Doa ibu sangat mustajab. Setiap liku-liku perjalanan hidup kita yang ada antaranya menjadi resam dalam takdir-Nya, adalah asbab doa ibu.

Beruntunglah mereka yang masih punya ibu kerana di situlah pelaburan pahala yang besar dan mudah. Sayangilah ibu selagi nafas masih ada, nadinya masih berdenyut.

Terima kasih Cik kerana membesarkan kami adik beradik dan tidak putus-putus mendoakan kami.

Saya akhiri dengan doa kepada semua ibu bapa kita yang telah pergi meninggalkan kita.
اللهمّ اغفر لهم وارحمهم وعافهم واعف عنهم وأكرِم نُزلهم وأوسع مُدخلَهُم واغسلْهُم بالماء والثلج والبَرد ونقِّهم من
الخطايا كما ينقّى الثوب الأبيض من الدنس

Sampai masanya nanti, kami akan menemani Cik di alam sana.
Anakmu,
Zulkifli bin Mohamad al-Bakri

Gambar Via Datuk Dr. Zulkifli

Sumber: Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Jom tengok video di Youtube Siakap Keli dan subscribe

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.