Siakap Keli
Gambar via Gulapop.com

(Video) Pernah Digigit Labah-labah, ‘Spiderman Perlis’ Jual Teh Ais Untuk Kelangsungan Hidup

KANGAR, 19 Nov  – Demi meneruskan kelangsungan hidup akibat kehilangan mata pencarian kesan daripada  penularan wabak COVID-19, seorang bapa berusia dalam lingkungan 40-an sanggup memakai kostum ‘Spiderman’ bagi menjual teh ais.

Lelaki yang hanya ingin dikenali sebagai ‘Spiderman Perlis’ berkata beliau mengambil keputusan menjual teh ais di Jalan Raja Syed Alwi di sini bagi menampung kehidupanya sekeluarga.

“Ramai yang terkesan akibat COVID-19 termasuk saya, namun saya bernasib baik mempunyai majikan yang sanggup meminjamkan sedikit wang, bagi memulakan perniagaan ini.

“Kalau harap duit sendiri saya menang tidak mampu,” katanya kepada  Bernama di sini hari ini.

Spiderman Perlis berkata, hari ini adalah hari pertama beliau menjual teh ais dan sambutan yang diterima amat mengalakan apabila ramai mengambil peluang berswafoto.

“Saya pilih watak spiderman kerana dahulu masa kecil pernah disengat oleh labah-labah,” katanya.

Katanya beliau mempunyai alasan sendiri untuk merahsiakan identitinya daripada pengetahuan orang ramai.

“Lebih baik orang ramai kenali saya sebagai ‘Spiderman Perlis’ kerana ia lebih dekat hati peminat ‘Avengers’ (kumpulan adiwira yang dianggotai Spiderman),” katanya sambil melakukan beberapa aksi watak  adiwira itu.

 

Sumber: Bernama

Nabila

Memilih untuk menjadikan pena sebagai duri yang memberi manfaat kepada manusia