Siakap Keli
Gambar Via Bernama

Amaran Cuaca Buruk Di Pantai Timur

KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) — Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) malam ini mengeluarkan notis amaran cuaca buruk di Kelantan, Terengganu dan Pahang sehingga esok.

Menurut jabatan itu dalam satu kenyataan, ia melibatkan Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh dan Kuala Krai di Kelantan serta Maran, Kuantan dan Pekan di Pahang serta seluruh negeri Terengganu, susulan hujan lebat yang dijangka berterusan di tiga negeri itu.

Amaran cuaca waspada turut dikeluarkan di Kelantan melibatkan Tumpat, Pasir Mas, Jeli dan Tanah Merah serta Jerantut, Bera dan Rompin di Pahang mulai hari ini sehingga Rabu.

“ Angin kencang timur laut berkelajuan 40-50 km/jam dengan ombak mencapai 3.5 meter dijangka berlaku di perairan Kelantan, Terengganu dan Pahang dalam tempoh itu.

“Kejadian ini boleh mendatangkan risiko limpahan air laut di pesisir pantai dan muara sungai kawasan terbabit,” menurut kenyataan itu.

— BERNAMA