Siakap Keli
Couple in loungers on a tropical beach at Maldives

Ini 3 Dokumen Yang Anda Perlukan Untuk Melancong Dari Zon Hijau Ke Zon Hijau Covid-19

Aktiviti pelancongan dari mukim, daerah, negeri zon hijau ke mukim, daerah dan negeri zon hijau adalah dibenarkan mengikut SOP Gelembung Perjalanan Domestik.

SOP tersebut yang bertujuan untuk pelancongan di dalam negeri, memerlukan individu mengemukakan beberapa dokumen sebagai bukti merentas mukim, daerah, negeri bagi tujuan melancong.

1. Pengesahan pelancong berasal dari zon hijau perlu menunjukkan
deklarasi tahap kesihatan risiko semasa berstatus low risk (risiko rendah) melalui aplikasi Profil MySejahtera,
2. Bukti tempahan penginapan / tiket / pakej pelancongan,
3. Itinerari pelancongan atau apa apa dokumen yang ditentukan oleh PDRM.

Sekiranya merentasi kawasan kuning, jingga dan merah, individu wajib mendapatkan surat kebenaran dari PDRM.

Sumber: PDRM

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.