Siakap Keli

Jangan Buang Susu Yang Sudah Tamat Tempoh, Boleh Dijadikan ‘Baja’ Tanaman Anda, Ini Caranya

Setelah susu di dalam peti sejuk sudah tamat tempoh, sebahagian orang akan terus membuangnya. Padahal, susu basi sebenarnya boleh dimanfaatkan untuk dijadikan baja tanaman. Menurut Gardening Know How, susu kaya dengan kalsium, protein, vitamin dan gula yang dapat membantu menambah nutrisi serta membantu pertumbuhan tanaman yang lebih besar dan kuat.

Meskipun susu bukanlah sesuatu yang diperlukan oleh tanaman sepanjang waktu, ini adalah cara yang bagus untuk penggunaan semula yang biasanya akan terbuang sia-sia, ianya memberi manfaat kepada tanaman dan bumi.

Bukan hanya susu basi kita boleh gunakan, malah sebenarnya boleh juga menggunakan susu segar, susu evaporasi atau bahkan susu formula. Pertama sekali larutkan terlebih dahulu susu dengan nisbah air dan susu yang sama banyak. Kemudian, masukkan campuran ke dalam botol semburan dan semburkan ke daun tanaman atau tuangkan sedikit di sekitar pangkal tanaman seperti menyiramnya.

Namun, hindari dari menyiram terlalu banyak kerana ianya berpotensi mengganggu pertumbuhan tanaman. “Menggunakan terlalu banyak susu bukanlah idea yang baik karena bakteria di dalamnya akan membusuk, menghasilkan bau busuk dan menyebabkan pertumbuhan yang tidak sihat.” “Lemak dalam susu boleh menghasilkan bau yang tidak sedap kerana juga mudah rosak,” tulis The Spruce.

Cara ini boleh memberikan manfaat dan nutrisi tambahan pada tanaman kebun dan tanaman hias. Selain itu, metod ini juga dapat membantu tanaman melawan penyakit kulat seperti embun tepung pada tanaman giok, English Ivy, dan begonia angel wings.

Sumber: Kompas.com

Faiz Mustafa