Siakap Keli
Gambar via BBC.Co

Jurutera Cipta Aplikasi Khas MeowTalk Untuk Terjemahkan Bunyi Meow Kucing

Seorang bekas jurutera Amazon Alexa telah mencipta aplikasi yang dipanggil MeowTalk bagi menterjemahkan bunyi kucing dengan merakam suara. Aplikasi dikatakan mampu untuk menterjemahkan bunyi kucing berdasarkan teknologi AI.

“Saya rasa ini sangat penting kerana dengan keadaan jarak sosial yang berlaku, anda mempunyai teman di rumah tidak lain tidak bukan kucing anda,” kata Javier Sanchez, pengurus program teknikal kumpulan di pembangunan aplikasi Akvelon.

Gambar via BBC.CO.UK

Javier Sanchez menambah bahawa pemilik bukan sahaja mampu berkomunikasi dengan kucing atau memahami maksud kucing tersebut. Bahkan, pemilik dapat membina hubungan dengan lebih erat.

Menurut penyelidik, kucing mempunyai lebih daripada satu bahasa walaupun kedengaran bunyi “meow” adalah sama. Setiap bunyi “meow” yang dihasilkan membawa maksud yang berbeza-beza.

“Mungkin ada beberapa info yang tidak tepat yang membuatkan gambaran yang salah kepada pemilik tentang perasaan kucing mereka.”

Namun, pencipta aplikasi tersebut akan memastikan penghasilan terjemahan yang lebih baik dan tepat pada masa yang akan datang.

Anda boleh dapatkan aplikasi tersebut dengan memuat turut secara percuma di Google Playstore dan App Store.

Gambar via MeowTalk

Sumber: BBC.CO.UK

Nabila

Memilih untuk menjadikan pena sebagai duri yang memberi manfaat kepada manusia