Siakap Keli
Gambar sekadar hiasan

Kanak-Kanak 10 Tahun Jatuh Sungai Ketika Bermain Dikhuatiri Lemas

IPOH, 24 Nov (Bernama) — Seorang kanak-kanak lelaki berumur 10 tahun dikhuatiri lemas setelah dihanyutkan air selepas terjatuh ke dalam Sungai Chepor Dalam, Meru di sini pagi tadi.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri, pihaknya menerima panggilan mengenai insiden itu pada kira-kira 10.47 pagi sebelum 14 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Meru dikerahkan ke lokasi.

Katanya kanak-kanak itu dipercayai terjatuh ke dalam sungai ketika sedang bermain bersama beberapa rakan sebelum dihanyutkan arus.

“Operasi mencari sedang dijalankan secara ‘surface searching’ dengan menggunakan sebuah bot,” katanya ketika dihubungi di sini.

— BERNAMA