Siakap Keli

Team Secret Malaysia Raih Dua ‘Chicken Dinner’ Berturut-turut Kelayakan Kumpulan C Di PUBG Mobile Global Champion

Pasukan e-sport Malaysia, Team Secreat yang ditunjangi U-High, Rex, Madtoi dan iShotz sebentar tadi berjaya memenangi dua Winner Winner Chicken Dinner berturut-turut dalam dua perlawanan awal kelayakan Super Weekend Kumpulan C.

Dalam perlawanan pertama, Team Secret Malaysia cemerlang menumbangkan Team Secret J yang mewakili Thailand di peta Mirammar.

Manakala pada perlawanan kedua pula, pasukan berkenaan memenangi perlawanan di peta Sanhok yang lebih dramatik.

Kumpulan C bolehlah dianggap sebagai kumpulan maut apabila menempatkan Juara Dunia sebelum ini, pasukan BTR dari Indonesia dan gergasi Thailand, RRQ Athena serta 5 lagi pasukan lain.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.