Siakap Keli
Kredit gambar: Google

“Tolong Doakan Pakwan….”, Alif Satar Mohon Peminat Doakan Pakciknya Yang Turut Positif COVID-19

Penyanyi dan pengacara terkenal, Muhammad Alif Mohd Satar atau lebih dikenali dengan panggilan Alif Satar baru sahaja ditakdirkan positif COVID-19 kelmarin.

Berita itu mengejutkan banyak pihak, ramai yang sungguh tidak menyangka bahawa wabak tersebut kini sedang ‘menyerang’ golongan selebriti pula.

Berikutan itu, Alif dimasukkan ke hospital bagi menjalani rawatan selanjutnya, dalam masa sama saringan swab turut dijalankan ke atas beberapa ahli keluarganya dan kontak rapat yang lain.

“Tolong doakan Pakwan..”

Hari ini, penyanyi tersebut berkongsi satu hantaran di Instagram, tentang bapa saudaranya yang turut menjadi ‘mangsa’ COVID-19.

Berdasarkan hantaran tersebut, Alif kelihatan membuat panggilan video dengan bapa saudaranya itu, mungkin untuk bersembang dan bertanya khabar kesihatan.

Jelas Alif, bapa saudaranya itu yang digelar dengan nama timangan ‘Pakwan’ merupakan salah seorang pesakit COVID-19 yang terpaksa bertarung nyawa di kala tubuhnya sudah dimamah usia.

“Pakwan saya, pejuang COVID-19 berusia 91 tahun! Kawan-kawan, tolong…Alif minta tolong korang doakan agar Pakwan Alif terus kuat dan dikurniakan kesihatan seperti biasa. Semoga Allah merahmati kalian semua. Terima kasih!” katanya dalam hantaran tersebut hari ini.

Dalam pada itu, Alif turut menzahirkan kata-kata penghargaan buat kakitangan hospital yang bertungkus-lumus menjalankan tugas mereka demi kesihatan bapa saudaranya itu.

“Terima kasih warga frontliners di Hospital Sungai Buloh kerana menjaga keluarga Alif dan semua pesakit COVID-19.

“Anda semua telah lakukan yang terbaik!” katanya lagi.

Sementara itu, ramai rakan artis turut mendoakan Pakwan agar kesihatannya bertambah baik satu masa nanti.

 

 

Sumber: Instagram

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'