Siakap Keli
Gambar sekadar hiasan

Vaksin Covid-19 Akan Diberi percuma Kepada Rakyat Dan Penduduk Jordan

AMMAN, 24 Nov (Bernama) — Vaksin COVID-19 bakal diberi percuma kepada rakyat dan penduduk Jordan “berdasarkan keutamaan tertentu”, kata Menteri Kesihatan Nazir Obeidat.

“Rancangan bersepadu kerajaan adalah untuk memberi vaksin kepada kumpulan yang memerlukan dan memastikan semua yang berhak akan diberi suntikan,” kata Obeidat dalam sidang media pada Isnin, lapor agensi berita Jordan (Petra).

Obaidat berkata kementerian juga telah memperbaharui protokol rawatan termasuk antivirus dan ubat-ubatan lain, berdasarkan syor serta piawaian antarabangsa.

Katanya, keadaan epidemiologi di Jordan masih serius, memerlukan kepatuhan terhadap semua langkah keselamatan serta pencegahan, terutama memakai pelitup muka dengan cara yang betul dan mematuhi penjarakan sosial.

— BERNAMA

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.