Siakap Keli
Gambar via Mothership

(Video) Babi Hutan Dirakam Serang Penunggang Basikal, Dipercayai Kerana Kelaparan

SINGAPURA- Seorang wanita dilihat cuba mengelak seekor babi hutan menggunakan basikal miliknya di mana kejadian tersebut sempat dirakam oleh rakannya.

Namun, babi hutan tersebut lebih tertarik terhadap isi bakul basikal berbanding penunggang basikal. Bahkan, orang ramai merujuk kepada bekal makanan yang terdapat di dalam bakul basikal tersebut.

“Macam mana nak buang makanan ini?!” jerit seorang wanita.

Tatkala itu, babi hutan tersebut bertindak pantas mengambil beg plastik ungu lalu ditarik keluar dari bakul basikal ke tanah.

Babi hutan memutuskan untuk masuk ke hutan semula dan membuatkan orang ramai terkejut dan segelintirnya ketawa melihat kejadian tersebut.

Bahkan, kejadian tersebut mendapat perhatian National Parks Board (NParks) yang turut memberikan beberapa pesanan kepada masyarakat ketika menghadapi kejadian sedemikian.

  • Tenang dan bergerak menjauhi haiwan tersebut secara perlahan-lahan
  • Ambil jarak yang selamat dan jangan menganggu haiwan tersebut
  • Abaikan sekiranya anda melihat babi hutan dewasa dan anak babi hutan

Sumber: Mothership

Nabila

Memilih untuk menjadikan pena sebagai duri yang memberi manfaat kepada manusia