Siakap Keli
Gambar via Google

(Video) Umur 53 Masih Handsome Lagi, Lelaki Ini Ajar Beberapa Teknik “Exercise” Yang Boleh Diamalkan

Tak semua orang mampu menjaga kesihatan tidak kira dari segi pemakanan atau senaman apabila usia mencapai 50-an. Kebiasaannya, orang menganggap usia 50-an sudah layak digelar atuk.

Tetapi berbeza pula dengan seorang lelaki yang tular di laman sosial Twitter yang menunjukkan beberapa teknik exercise. Video tersebut dirakam oleh anak perempuanya sendiri sehingga menjadi persoalan oleh warganet. Video tersebut telah mendapat lebih 320 000 tontonan dan 11 000 tanda suka di Twitter miliknya.

Menurut anaknya, ayahnya yang bernama Azman Tang pernah memenangi Mr. Malaysia sebanyak 2 kali dan Mr. Penang sebanyak 7 kali. Jadi, tak salah sekiranya ayahnya kelihatan sado dan fit.

Menurut anaknya, ayahnya tidak popular seperti body builder yang lain kerana ayahnya tidak pandai naikkan nama sendiri.

“Dia single. Dia handsome. Dia baik sangat. Setiap minggu dari Penang ke Kedah untuk tengok mak dia. Bawa motor sorang-sorang atas highway. Moga Allah sentiasa lindungi papa,” kata anaknya.

Oleh itu, terdapat beberapa komen daripada para netizen yang mencuit hati.

Gambar via @ninietang143
Gambar via @ninietang143
Gambar via @ninietang143
Gambar via @ninietang143
Gambar via @ninietang143
Gambar via @ninietang143

 

Sumber: Ninietang143

Nabila

Memilih untuk menjadikan pena sebagai duri yang memberi manfaat kepada manusia