Siakap Keli

Cara Menanam Bawang Merah Di Rumah Anda

Menanam berbagai tumbuhan kini menjadi salah satu hobi yang digemari banyak orang di rumah. Mulai dari tanaman hiasan, tanaman perubatan hingga tanaman sayuran seperti bawang merah. Bawang merah termasuk anggota keluarga tumbuh-tumbuhan allium yang dikenali sebagai bawang ganda iaitu jenis yang dapat menghasilkan dua atau lebih umbi dalam satu tanaman. Dipetik dari artikel The Spruce, bawang merah umumnya lebih kecil dari umbi bawang putih namun tergantung pada varieti dan keadaan di mana umbi tersebut tumbuh.

Penanaman

Bawang merah boleh ditanam saat cuaca panas. Pisahkan setiap umbi dan tanam tepat di bawah permukaan tanah sekitar 4 hingga 6 inci menghadap ke atas. Berbeza dengan bawang putih yang memiliki bentuk lebih besar, bawang merah cenderung mengembang menjadi 5 atau 6 kelompok sehingga memerlukan lebih banyak ruang daripada bawang putih. Sebabnya, ketika anda menanam bawang merah ini, mereka akan bertunas kembali sehingga memerlukan ruang yang lebih luas.

Penjagaan

Untuk hasil yang terbaik, tanam bawang merah di bawah sinar matahari penuh. Jika hal itu mustahil untuk dilakukan, bawang merah boleh juga ditanam dengan sinar matahari yang tidak penuh.

Tanah

Bawang merah menyukai pH tanah yang beracid, sekitar 5,0 hingga 7,0. Tanamkan bawang merah di  tanah yang subur tetapi memiliki drainase yang baik dengan banyak bahan organik.

Air

Bawang merah memerlukan air yang banyak tapi bukan air yang bertakung. Pastikan tanahnya memiliki saliran air yang baik sehingga tidak ada air yang bertakung sebab jika bawang merah dibanjiri air ia akan menyebabkan pembusukan.

Suhu dan kelembapan

Bawang merah dapat tumbuh subur pada suhu tanah dari 35 hingga 90 darjah celcius. Asalkan disiram secara teratur dan berada di tanah yang dikeringkan dengan baik, bawang merah tidak terlalu sensitif terhadap kelembaban.

Baja

Bawang merah umumnya tidak memerlukan baja. Namun tidak ada salahnya untuk memberikan bahan organik untuk menyuburkan bawang merah.

Panuaian

Bawang merah sedia dituai dalam tiga hingga enam bulan. Anda dapat memotong beberapa pucuk hijau untuk digunakan sebagai daun bawang, tetapi biarkan sebahagian batang utuh untuk mengekalkan sumber makanan pada umbi. Bawang merah akan memberikan tanda bahawa mereka siap dituai ketika pucuknya mulai menguning dan berguguran.

Sumber- The Spruce

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.