Siakap Keli

Penunggang Motosikal Maut Dihempap Pokok Sawit

LUMUT, 25 Nov – Seorang warga emas maut dihempap sebatang pokok kelapa sawit ketika sedang menunggang motosikal di sebuah ladang di Kampung Bakar Bata, dekat Ayer Tawar, di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Manjung, ACP Nor Omar Sappi berkata mangsa, Mohd Saleh Mat Ali, 69, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian perut.

Beliau berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian tersebut kira-kira 7.25 pagi.

“Mayat telah dihantar ke Hospital Seri Manjung untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Setakat ini kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

— BERNAMA

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang