Siakap Keli
Gambar via yates.com.au

Risau Lipas Banyak Dalam Rumah, Ini Perkara Yang Patut Anda Lakukan

Masalah serangga dan haiwan perosak ni boleh jadi di mana-mana saja, tak kira rumah baru ataupun rumah lama. Bila dah ada pula makhluk perosak ni, salah satunya adalah lipas, bukan saja rumah rasa tak bersih, tapi pada masa yang sama, ia juga akan mendatangkan kemudaratan pada kesihatan penghuni rumah.

Berikut merupakan perkara yang patut anda lakukan untuk mengelakkan kehadiran haiwan perosak tersebut :

1.Membersihkan rumah
Membersihkan rumah secara rutin dapat mencegah datangnya lipas. Biasanya lipas suka bersarang pada tempat yang gelap dan lembab. Dengan membersihkan rumah secara rutin, jumlahnya tidak akan bertambah.

2. Pastikan rumah selalu kering
Seperti yang dinyatakan pada tips pertama, lipas memang menyukai tempat yang gelap dan lembab. Pastikan keadaan rumah anda selalu kering setiap saat. Misalnya di setiap saluran air seperti dapur dan sinki. Jadi untuk mencegah lipas bersarang di rumah anda, pastikan rumah selalu dalam keadaan kering.

3. Gunakan pewangi
Anda juga boleh menggunakan pewangi ruangan yang khusus untuk menghalau serangga. Lipas tidak menyukai bau yang aroma menyengat, jika ada bauan disekitar rumah anda, lipas tidak akan berani untuk mendekat.

4. Buat ruangan selalu dingin
Lipas tidak mampu bertahan lama dalam ruangan yang bersuhu dingin. Hal ini kerana, haiwan perosak ini memang aktif di tempat panas dan berair. Jadi anda boleh menjaga suhu ruangan rumah agar kekal dingin, hal ini untuk mencegah lipas berkeliaran.

Sumber : Tribunjualbeli.com

Aziezzan