Siakap Keli
Gambar Via The Jakarta Post

“Siapa Yang Berjaya, Akan Digelar Penyelamat Dunia”, Beza Setiap Vaksin COVID-19 Yang Setiap Negara Berlumba-lumba Bangunkan Ketika Ini

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Walaupun sudah hampir setahun pandemik COVID-19 melanda dunia namun virus tersebut masih lagi tidak dapat dibanteras dengan sepenuhnya malahan kes positif semakin meningkat setiap hari.

Dalam keadaan ini, ramai pakar yang kini sedang berlumba-lumba mencipta vaksin termasuk dari Moderna, Pfizer dan Sputnik.

Ia memberikan harapan kepada dunia untuk menghadapi ‘serangan’ virus tersebut.

Bagi mengetahui lebih lanjut mengenai penghasilan vaksin, ikuti perkongsian yang telah dimuatnaik oleh Amin Rukaini Mustafa di laman Facebook.

Mungkin ada yang tidak sedar, wujud satu perlumbaan hebat dalam penghasilan vaksin COVID-19:

1. Semua negara berkuasa besar (syarikat) penghasil vaksin sebenarnya bertungkus lumus berusaha kuat untuk memastikan vaksin yang efektif berjaya dihasilkan.

2. Negara mana yang terlebih awal berjaya sudah pasti akan digelar ‘penyelamat kesihatan dunia’. Semua ini di bawah skop penelitian dalam pengaruh geopolitik.

3. Disebabkan tekanan dan keinginan inilah beberapa buah negara menggunakan pelbagai cara untuk memastikan vaksin mereka dapat keluar di pasaran paling cepat (paling tidak menjadi tiga vaksin yang pertama diluluskan).

4. Negara China yang seperti kita tahu merupakan negara yang sedang berusaha kuat menjadi kuasa besar baru juga tidak melepaskan peluang ini.

5. Berbanding negara-negara lain, terdapat lebih kurang 4 calon vaksin dari negara China, dan tiga daripadanya mempertaruhkan pengunaan kaedah konvensional (inactivated virus) yang kini berada pada percubaan klinikal ke-3.

6. Syarikat dari negara Barat khususnya US, UK, dan German/US semuanya menggunakan teknologi baru seperti Moderna dan Pfizer kedua-duanya menggunakan teknologi berasaskan RNA berlainan platform daripada syarikat China.

7. Secara amnya, penghasilan vaksin menggunakan teknologi baru ini bersifat revolusionari dan mungkin jauh lebih murah dari sudut kosnya. Manakala penghasilan menggunakan kaedah konvensional (inactivated virus) akan menelan kos yang banyak kerana melibatkan penghasilan virus melalui teknologi sel kultur namun dari segi praktikaliti ianya tidak memerlukan penyimpanan suhu bawah paras beku, -70 darjah selsius, sepertimana pengunaan vaksin berasaskan RNA.

8. Maka, untuk menghasilkan vaksin berasaskan RNA mungkin lebih mudah dan murah berbanding vaksin berasaskan inactivated virus tetapi vaksin berasaskan RNA mungkin akan menelan kos yang banyak dan rumit dalam aspek penyimpanan vaksin pada suhu bawah paras beku berbanding inactivated virus (4 darjah selsius).

9. Dari pespektif ‘reliability’, penggunaan kaedah konvensional (inactivated virus) telah lama terbukti ‘reliable’ dan kesan sampingannya boleh diramal berdasarkan vaksin-vaksin yang lain. Manakala reliability jangka panjang (keselamatan dan keberkesanan) penggunaan teknologi baru seperti RNA dan viral vector masih belum diketahui walaupun sudah diketahui selamat dari sudut percubaan klinikal (jangka pendek).

Apa-apa pun, kita mengharapkan paling tidak salah satu daripada vaksin ini mampu membasmi COVID-19. Walaupun begitu, pada hemat saya pembasmian sepenuhnya merupakan suatu yang mustahil disebabkan pelbagai faktor.

Hal ini termasuklah faktor kemampuan virus tersebut bermutasi dan berevolusi dengan pantas (kepada asimtomatik) dan kewujudan hos selain manusia (cerperlai dan lain-lain). Atas faktor ini, ianya mungkin akan kekal dalam kitaran jangkitan komuniti pada kadar seperti penyakit boleh dielak vaksin (vaccine-preventable diseases) yang lain bagi tempoh akan datang.

Sumber: Amin Rukaini Mustafa

Jom tengok video di Youtube Siakap Keli dan subscribe

Sofea

There's always another side to every story