Siakap Keli

(Video) Penduduk Kuala Selangor Pula Dakwa Diganggu ‘Ketukan’ Misteri, Nampak Kelibat Lembaga Putih

Misteri ketukan pintu tanpa salam yang menimbulkan ketakutan penduduk di beberapa kampung di derah Sabak Bernam sebelum ini, dikatakan sudah mula melarat ke Kuala Selangor.

Menerusi video yang tular di Youtube, ketukan pintu pertama di Kuala Selangor didakwa berlaku pada jam 2.45 pagi tadi di beberapa rumah penduduk di Kampung Kuantan.

Video berdurasi 0.45 saat yang dimuat naik pagi ini oleh akuan bernama Pak Nil, ditonton hampir 70 ribu warganet.

Berdasarkan deskripsi video, seorang penduduk mendakwa ternampak lembaga berpakaian putih berdiri di jalan kampung sebelum menghubungi jiran sebelah.

”Jiran pertama nampak kelibat putih berdiri di jalan dan hubungi rakan jiran sebelah.

”Jiran sebelah yang keluar, kemudiannya nampak kelibat yang sama dan terus masuk ke dalam rumah.

”Apabila (jiran sebelah) masuk semula ke dalam rumah pintu (rumah) kena ketuk pula,” katanya.

 

Sumber: Youtube PAK NIL

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.