Siakap Keli
monolith utah
Kredit: BBC/The Guardian/Google

(Video) Struktur Logam Misteri Seakan ‘Monolith’ Dilaporkan Ditemui Di Kawasan Padang Pasir Di Utah

Sebuah bongkah besi dilaporkan telah ditemui di sebuah padang pasir di selatan Utah. Menurut laporan The Guradian, objek itu ditemui buat pertama kali pada minggu lalu oleh juruterbang helikopter bersama pegawai hidupan liar yang melintasi ruang udara di kawasan itu.

Objek itu kemudiannya dibandingkan dengan monolith yang muncul dalam 2001: A Space Odyssey di samping menimbulkan dakwaan ia merupakan ‘kerja’ makhluk asing.

Juruterbang helikopter, Bret Hutchings dilaporkan sempat melihat objek  setinggi kira-kira 3 meter itu secara dekat. Katanya, beliau percaya ia mungkin hasil seni seorang artis atau peminat filem tersebut.

“Saya menjangka ia (hasil) seni artis era baru atau peminat besar 2001: A Space Odyssey,” katanya seperti dipetik The Guardian.

Objek itu dikaitkan dengan nama pengukir minimalis, John McCraken yang meninggal dunia pada 2011. Bagaimanapun, jurucakap galeri miliknya bercanggah pendapat sama ada ia adalah hasil kerja mendiang ataupun bukan.

BACA: Masih Memerlukan Pertolongan Moratorium? Tak Ramai Faham, Ini Fakta Dan Cara Mohon

Bagaimanapun, tindakan memasang struktur di tanah awam atau tanah kerajaan negara itu adalah dilarang sama sekali, kata Jabatan Keselamatan Awam Utah (DPS).

Pun begitu, agensi itu dilaporkan tidak merancang untuk mendedahkan lokasi spesifik objek itu.

“Ia berada di kawasan yang begitu terpencil, dan jika ada individu yang ingin melihat kawasan itu, ada kemungkinan mereka tersesat dan memerlukan bantuan,” tambah agensi berkenaan.

Secara teknikalnya, monolith adalah ciri geografi yang terhasil daripada batu, manakala bongkah yang ditemui itu kelihatan seperti logam.

Namun, menurut kamus Merriam Webster, pentafsiran terma monolith itu boleh diklasifikasikan sebagai struktur besar yang mana merupakan perkataan untuk menggambarkan struktur terkenal dalam 2001: A Space Odyssey.

Sumber: The Guardian

Amira

Love yourself.