Siakap Keli

(Video) “Tolong Keluarkan Saya,” Detik-Detik Cemas Polis Selamatkan Mangsa Kemalangan Terbabas Dalam Sungai

Kamera video bodycam seorang anggota polis berjaya merakamkan detik-detik cemas mereka berjaya menyelamatkan seorang wanita yang terperangkap selepas kereta yang dipandunya terbabas ke dalam sungai pada awal pagi Isnin, lapor Daily Mail.

Difahamkan wanita yang berusia 24 tahun itu tertidur semasa memandu seterusnya terbabas ke dalam Sungai Mahoning di Alliance.

Polis menyatakan bahawa wanita itu sedang memandu pulang dari tempat kerja pada pukul 2.30 petang sebelum kejadian di mana dia terbabas merempuh rel penghadang jalan berkenaan dan terjatuh 14 kaki ke dalam sungai itu berlaku.

Wanita tersebut sempat menghubungi talian 911 dari dalam kenderaanya itu sebelum ia mula tenggelam.

Wanita tersebut telah menyatakan bahawa dia sedang terperangkap di dalam kenderaannya dan kenderaan yang dipandunya itu sedang dipenuhi air.

“Saya betul-betul takut. Perlu ke saya kekal di sini sahaja? Saya di dalam sebuah van,” ujarnya.

“Keadaan sedang menjadi lebih teruk. Ia sedang masuk. Saya akan lemas kan?

“Tolong keluarkan saya. Saya sedang mengalami serangan panik sekarang.”

Salah seorang anggota polis yang digegaskan ke lokasi kejadian segera melompat ke dalam sungai itu bagi menyelamatkan wanita tersebut.

Rakaman video berkenaan turut memaparkan angota polis itu berulang kali menyatakan bahawa dia tidak dapat bernafas kerana faktor suhu yang sejuk di sungai itu.

Dengan bahagian depan kenderaan, anggota polis tersebut dapat didengari mengarahkan wanita itu untuk bergerak ke bahagian belakang kenderaannya.

Anggota polis tersebut kemudiannya memecahkan tingkap tempat duduk belakang menggunakan kapak sebelum berjaya menarik wanita itu keluar daripada kenderaannya.

Pihak polis menyatakan bahawa van itu telah tenggelam sepenuhnya beberapa minit kemudian.

Wanita tersebut terus dibawa ke hospital dan hanya mengalami kecederaan ringan. Tidak dapat dipastikan sama ada anggota polis yang terjun ke dalam sungai itu turut mengalami kecederaan atau tidak.

Suhu di bandar Alliance dilaporkan telah hampir mencecah ke paras beku pada hari Isnin pagi.

Sumber: Daily Mail

Aqmal Ezany

I write what is right