Siakap Keli
Gambar: lampshadeonhead

(Video)”Ship In A Bottle,” Ini Sebenarnya ‘Rahsia’ Bagaimana Kapal Dimasukkan Dalam Botol

Pasti ramai diantara kita yang pernah melihat perhiasan yang memperlihatkan sebuah kapal kecil diletakkan di dalam sebuah botol kaca.

Sebilangan daripada kita semestinya tidak pernah terfikir pun tentang bagaimanakah kapal itu boleh muat dimasukkan di dalam lubang botol yang berkali ganda kecil daripada saiz kapal kecil itu.

Sebenarnya cara untuk memasukkan kapal ini agak unik dan kompleks. Ini kerana, setiap kapal yang dibina ini akan dihubungkan dengan benang serta tali halus.

Justeru daripada itu, setelah badan kapal itu dimasukkan ke dalam botol, benang ini akan ditarik bagi menaikkan bahagian kapal yang disambung bersama benang tersebut ke kedudukannya yang sebenar.

Untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut, ikuti cara serta proses perhiasan ini dihasilkan di dalam video seperti berikut:

Sumber: instructables, Youtube

Aqmal Ezany

I write what is right