Siakap Keli
Gambar via tribunnews.com

Wanita Dengan ‘Pipi Terbesar Di Dunia’, Rasa Ia Masih Kecil Walaupun Sudah Jalani Beberapa Kali Pembedahan

Seorang model, Anastasia Pokreshchuk dari Ukraine berkemungkinan mempunyai pipi paling besar di dunia setelah menghabiskan € 1500 (RM7304.10) untuk menjalani prosedur pembedahan. Boleh dilihat perbezaan antara wajah sebelumya dan rambut kerinting.

Gambar via Hops.ID

Selepas mendapat pekerjaan lamanya, Anastasia melakukan perubahan pada wajahnya termasuklah mewarnakan rambutnya dari hitam kepada merah jambu.

Peminat di Instagramnya sangat menyukai penampilan baru itu walaupun dirinya telah menjalani beberapa kali prosedur pembedahan.

Gambar via Daily Star

“Setelah saya melakukan suntikan dan melihat perubahan di pipi saya, saya jatuh cinta dengannya.

“Saya mahu pengikut Instagram saya kelihatan seperti ini dan saya sangat gembira.

“Saya kerap menyuntik bahagian muka saya sendiri.

“Saya faham apabila ada orang melihat saya seperti pelik tetapi saya tidak kisah,” kata Anastasia.

Walaupun Instagrammer telah banyak mengubah penampilannya selama bertahun-tahun, dirinya tidak mempunyai rancangan untuk berhenti dalam waktu terdekat. Malah, kemungkinan Anastasia akan menjalani pembedahan plastik pada masa akan datang untuk memperbaiki penampilannya.

Sumber: Daily Star

Nabila

Memilih untuk menjadikan pena sebagai duri yang memberi manfaat kepada manusia