Siakap Keli
Gambar: Anadolu Agency

Waspada, Amaran Ribut Petir Dijangka Melanda Beberapa Buah Negeri Sehingga Jam 6 Petang Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir/hujan lebat di beberapa negeri di Malaysia yang dijangka akan berlaku sehingga jam 5 serta 6 petang ini.

Amaran ribut petir yang dikeluarkan pada jam 3:20 petang itu melibatkan beberapa buah negeri di Malaysia.

Berikut adalah antara kawasan yang dijangka akan dilanda ribut petir sehingga pukul 5 petang ini:

Perlis

Kedah: (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik dan Baling)

Sabah: Pedalaman (Kuala Penyu, Beaufort dan Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat

Bagi kawasan yang dijangka akan dilanda ribut petir sehingga pukul 6 petang pula adalah seperti berikut:

Kedah: (Kulim dan Bandar Baharu)

Pulau Pinang

Selangor (Klang, Petaling dan Kuala Langat)

Sarawak: Kuching, Serian, Samarahan (Samarahan dan Asajaya) dan Kapit (Kapit, Bukit Mabong dan Belaga)

Sehubungan dengan itu, orang ramai yang pulang dari tempat kerja pada petang ini dinasihatkan supaya berwaspada terutamanya kawasan-kawasan yang dijangka dibadai ribut petir petang ini.

Sumber: MetMalaysia