Sudah jadi kebiasaan seteah habis makan tengahari pasti rasa ngantuk bakal melanda. Kalau sudah begini, pekerjaan akan jadi terganggu. Cuba tengok lagi makanan apa yang jadi pilihan ketika makan tengahari. Boleh jadi anda salah pilih makanan atau minuman yang justeru membuat anda malah mengantuk.
Berikut beberapa jenis makanan dan minuman yang ternyata berpotensi membuat anda jadi mengantuk. Sebagai catatan, aneka makanan dan minuman ini baik untuk anda yang punya masalah sulit tidur di malam hari. Konsumsi beberapa saat sebelum tidur akan membantu anda tidur nyenyak.
1. Kiwi
Sekilas potongan kiwi yang hijau dan masam terasa sangat menyelerakan dan boleh membuat mata yang mengantuk langsung segar. Namun kajian menunjukkan bahawa kandungan serotoin dalam kiwi akan membuat anda mengantuk.
Selain itu, kandungan antioksidan seperti vitamin C dan karotenoid juga meningkatkan rasa ngantuk.
2. Teh chamomile
Menurut Boldsky, kandungan antioksidan yang tinggi dan juga zero kalori menjadikan teh ini jadi minuman terbaik sebelum tidur. Minum segelas teh chamomile akan membantu melepaskan ketegangan dan stress sehingga anda tidur lebih nyenyak. Teh camomile mengandungi glycine yang boleh membuat anda lebih tenang.
3. Nasi putih
Ini adalah makanaan yang tak boleh dilepaskan dari hidangan orang Indonesia dan negara asia lainnya. Sesuai dengan penelitian yang terungkap dalam American Journal of Clinical Nutrition, orang yang makan nasi beras wangi untuk makan malam lebih cepat tertidur jika dibandingkan dengan jenis nasi lainnya. Hal ini tentunya juga berlaku ketika makan siang. Ini juga meningkatkan produksi triptofan serta serotonin dalam darah, sehingga mendorong untuk rasa mengantuk.
4. Lettuce
Lettuce mengandung laktukarium, yang memiliki khasiat sedatif dan memiliki kesan yang sama pada otak, sama seperti candu.
Jika anda mengalami kesukaran untuk tidur di malam hari, cubalah untuk menyantap sehelai dua salad lettuce. Anda juga boleh membuat minuman dari rebusan daun lettuce dengan satu gelas air ditambah dengan dua batang daun mint. Minumlah sebelum tidur.
5. Pisang
Pisang mengandung kalium dan magnesium, yang menenangkan saraf dan otot anda. Pisang juga mengandung vitamin B6, yang mengubah triptofan menjadi serotonin yang membuat anda merasa lebih tenang.
Sumber- CNNIndonesia