Siakap Keli

9 Kegunaan Boraks Yang Anda Patut Tahu

Boraks atau sodium tetraborat adalah campuran garam mineral konsentrasi tinggi. Boraks lazim dipakai dalam pembuatan beberapa jenis makanan. Namun, sebetulnya boraks juga digunakan dalam sektor industri, iaitu sebagai campuran bahan pembuat produk pembersih hingga pengawet kayu. Selain itu, boraks juga mampu menghalau serangga. Boraks pun boleh anda manfaatkan sebagai bahan pembersih serbaguna di rumah. Dipetik dari Apartment Therapy, berikut 9 manfaat boraks untuk pembersihan rumah anda.

1. Pembersih serbaguna

Untuk membuat cairan semburan pembersih serbaguna dari boraks, larutkan 2 senduk teh boraks ke dalam bekas berisi 4 gelas air panas. Kemudian, campurkan dengan 1 senduk teh cairan pencuci pinggan 4 senduk makan cuka. Cairan ini boleh digunakan untuk membersihkan meja dapur, permukaan peranti alat elektronik di dapur, jendela dan lainnya.

2. Pembersih lantai

Campurkan 2 senduk makan boraks ke dalam baldi berisi air panas. Gunakan ini untuk mengemop lantai ceramic atau vinyl.

3. Menghalau semut

Campurkan boraks dan gula putih dalam nisbah yang seimbang. Taburkan ke tempat di mana ada semut. Namun, hati-hati jika di rumah anda ada anak-anak atau haiwan peliharaan. Sebab, boraks akan berbahaya jika tertelan. Semut akan mengambil gula yang sudah dicampur dengan boraks dan membawanya ke sarang. Semut akan memakannya dan mati.

4. Membersihkan singki

Campurkan satu cawan boraks dan 1/4 cawan air perahan lemon hingga menjadi pes. Gunakan pes ini untuk membersihkan kawasan singki ataupun meja dapur.

5. Mencegah bilik mandi dari berkulat

Larutkan 1 cawan boraks dalam bekas berisi air panas. Untuk membersihkan noda kulat, tuangkan larutan tersebut ke dalam botol semburan, semburkan ke lantai bilik mandi lalu diamkan selama setengah jam. Bersihkan dengan kain lembab. Untuk mencegah penumpukan jamur, semburkan formula pada ubin dan biarkan mengering.

6. Membunuh rumpai

Campurkan 1 cawan boraks dengan 2 gelas air. Tuangkan formula ke dalam botol semburan dan semburan ke rumpai, hindari tanaman yang tidak ingin dibasmi.

7. Pembersih pakaian

Campurkan 1 senduk makan boraks dan 2 cawan air panas ke dalam bekas. Untuk membuat pakaian lebih bersih dan membantu untuk tidak melunturkan warna, tambahkan setengah cawan campuran ini ke cucian, tambahkan deterjen seperti biasa dan hidupkan mesin pencuci.

8. Menghilangkan karat

Campur boraks dengan air panas dan air perahan jus lemon hingga membentuk pes. Sapukan pes tersebut ke area yang berkarat, diamkan selama 15 minit lalu bersihkan dengan lap menggunakan kain basah.

9. Menghilangkan bau karpet

Campurkan setengah cawan boraks, setengah cawan baking soda dan 20 titis minyak esensial. Taburkan campuran tersebut di atas karpet anda, diamkan selama 15 hingga 20 minit lalu bersihkan dengan vacuum cleaner.

Sumber- Apartment therapy

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.