Siakap Keli
Gambar: The Weather Channel

Amaran Cuaca Buruk & Waspada: Hujan Lebat Dijangka Melanda 7 Buah Negeri Sehingga 27 Nov

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebentar tadi telah mengeluarkan amaran cuaca buruk dan amaran cuaca waspada di beberapa negeri di Malaysia yang dijangka akan berlaku sehingga 27 November 2020.

Amaran cuaca buruk yang dikeluarkan pada jam 12:45 tengah hari itu melibatkan beberapa buah negeri di Malaysia.

Berikut adalah antara kawasan yang dijangka berlaku hujan lebat secara berterusan sehingga 27 November 2020 ini:

Kelantan: (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai)

Terengganu: (Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang)

Bagi kawasan yang dijangka berlaku hujan lebat dan diletakkan di bawah amaran cuaca waspada 27 November 2020 pula adalah seperti berikut:

Perlis

Kedah: (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling)

Perak: (Hulu Perak, Kuala Kangsar dan Kinta)

Kelantan: (Gua Musang)

Terengganu: (Dungun dan Kemaman)

Pahang: (Jerantut, Kuantan, Pekan dan Rompin)

Sabah: Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan) dan Kudat

Sehubungan dengan itu, orang ramai yang hendak keluar dari rumah dinasihatkan supaya berhati-hati terutamanya kawasan-kawasan yang terlibat dengan amaran cuaca buruk dan amaran cuaca waspada yang dijangka dibadai hujan lebat sehingga 27 November 2020 ini.

Sumber: MetMalaysia

Aqmal Ezany

I write what is right