Siakap Keli
Gambar via Google

Boleh Overload, Ramai Tak Sedar Bahaya Menanti Jika Guna Peralatan “High Amp” Serentak Di “Extension Plug”

Kebanyakkan rumah di seluruh pelusuk dunia mempunyai sambungan plug untuk mengalirkan arus elektrik terutamanya pada barangan elektronik. Sebagai contoh, mengecas telefon bimbit, laptop, power bank dan sebagainya.

Walau begitu, tahukah anda perbuatan memasang plug sambungan tambahan atau extension plug yang berlebihan boleh mendatangkan risiko kebakaran.

Bukan itu sahaja, ia akan mengancam nyawa individu itu sendiri dan juga harta benda tidak kira berharga atau tidak.

Perkara ini sudah menjadi kebiasaan sekiranya individu itu berada pada kedudukan yang jauh dan mempunyai bilangan plug yang sedikit.

Berikutan dengan itu, Friends of Bomba Malaysia turut berkongsi beberapa info mengenai bahayanya short circuit atau lintar pintas.

INFO YANG BERGUNA

Ramai yang tak faham lagi tentang Extention Plug Socket.

BAHAYA – short circuit or lintar pintas boleh menyebabkan kebakaran.

Jika anda pasang banyak seperti dalam gambar tetapi hanya digunakan secara serentak semuanya untuk mengecas handphone or di gunakan untuk alatan setiap 1 nya tidak melebihi 1 Amp (ringan) & tidak kekal ON sepanjang hari, ia tak ada masalah pun kerana soket plug ibu boleh menahan sehingga 13 Amp beban maxima.

Akan tetapi ia menjadi bahaya apabila pengguna menggunakan secara serentak semua socket extension tersebut dengan alatan-alatan yang high amp. Seperti cerek air (8 amp), periuk nasi (8 amp), seterika (5 amp), peti sejuk (3 amp), portable airconditioning 1.5 Hp (5.5 amp) & lain-lain.

Sepatutnya MCB C20 akan Tripp kerana Overload. Tetapi ramai dikalangan rakyat Malaysia menggunakan DB Automatik jenis murah dan berkualiti rendah. Jadinya MCB murah tersebut tidak tripp walaupun amp telah overloading.

Kabel akan semakin panas, soket plug akan cair, penebat kabel mula pecah dan berlaku litar pintas.

Cut Out (fius luar di meter TNB) di bypass dengan wayar tembaga tebal dan tidak putus. Kabel mula terbakar lalu membakar kayu rangka bumbung rumah & dalam masa kurang 10 minit bahagian bumbung akan marak api lalu berlakulah kebakaran akibat litar pintas.

Semoga bermanfaat.

INFO YANG BERGUNA———————————–Ramai yg tak faham lagi tentang Extention Plug Socket.BAHAYA -…

Posted by Friends of Bomba Malaysia on Tuesday, November 24, 2020

Sumber: Friends of Bomba Malaysia

Nabila

Memilih untuk menjadikan pena sebagai duri yang memberi manfaat kepada manusia

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.