Siakap Keli

Gusar Sering Tertinggal Solat, Supermodel Berhijab Terkenal Nekad Tinggalkan Industri Fesyen Demi Agama

Halima Aden, salah seorang supemodel hijab yang terkenal dilapor mengambil keputusan untuk bersara daripada bidang berkenaan setelah merasakan ia memaksanya untuk berkompromi dengan amalan agamanya.

Menurut laporan The Guardian, Halima dilapor memuat naik siri luahan hati di media sosial antaranya dunia fesyen menyebabkannya sering tertinggal solat lima waktu dan menggayakan hijab yang tidak sesuai.

Malah menurutnya, dia merasakan dirinya makin hanyut sepanjang bergelar seorang model.

”Saya hanya mampu menyalahkan diri sendiri apabila mengutamakan peluang yang ada tanpa mengambil kira apa yang saya ‘hilang’,” katanya.

Beliau bagaimanapun sempat memuji penyanyi terkenal, Rihanna yang membenarkannya mengenakan hijab yang menepati pegangan agamanya ketika terlibat dalam Rihanna Fenty Beauty.

”Rihanna membenarkan saya memakai hijab yang saya bawa ke set. Inilah Halima yang sebenar,” katanya lagi.

Dalam post yang berlainan pula, Halima turut menyuarakan kegusarannya apabila industri yang disertai tidak mempunyai ramai pereka gaya bergelar Muslim.

Tahun lepas, beliau turut meletakkan syarat bahawa hijab yang dipakainya adalah sesuatu yang tidak boleh dirundingkan ketika menandatangani kontrak dengan agensi model IMG.

Sumber: The Guardian

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.