Siakap Keli
Kredit gambar: Clarin

Lagenda Bola Sepak Dunia, Diego Maradona Meninggal Dunia

Lagenda bola sepak dunia, Diego Maradona dilaporkan telah mengembuskan nafasnya yang terakhir sebentar tadi pada usia 60 tahun akibat serangan jantung.

Berita itu disahkan beberapa media sukan antarabangsa termasuklah ESPN Argentina, Football Espana, Clarin dan sebagainya.

Difahamkan, Maradona sebelum ini menghidapi masalah serangan pernafasan kardio dan keadaan kesihatannya didapati merosot.

Keadaan itu menyebabkan Maradona terpaksa menerima rawatan di hospital sejak awal bulan ini bagi menjalani pembedahan mengeluarkan darah beku di otaknya.

Media melaporkan bahawa pembedahan tersebut berjaya, bagaimanapun seminggu selepas ia ‘pulih’, keadaannya kembali merosot.

Pemergian lagenda ‘tangan tuhan’ ini ditangisi segenap peminat bola sepak di seluruh dunia.

Sumber: GiveMeSport

 

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.