Siakap Keli
Gambar Hiasan via Bernama

“Pakai Pakaian Bersih,” Ini Perkara Yang ‘Food Runner’ Perlu Teliti Sebelum Menghantar Pesanan

Tempahan makanan secara dalam talian (online) kini sudah menjadi trend tambahan lagi sepanjang penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Pelbagai aplikasi pesanan makanan dilancarkan seperti Grabfood, Foodpanda,Bungkusit dan sebagainya.

Namun begitu, penghantar makanan juga perlu memastikan mereka mengaplikasikan pelbagai persediaan sebelum dan semasa menghantar makanan.

Antaranya ialah seperti yang dikongsikan oleh Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan KKM melalui laman Twitter mereka.

1. Memakai penutup mulut dan hidung (digalakkan menukar sekiranya kot0r)
2. Bertopi keledar yang bersih.
3. Hendaklah dalam keadaan sihat.
4. Tidak merokok.
5. Sentiasa membasuh tangan dengan sabun/ menggunakan hand-sanitizer.
6. Pakai pakaian yang bersih.

7. Mengamalkan penjarakan sosial (social distancing) 1 meter ketika menyerahkan makanan kepada pelanggan.

8. Hendaklah memastikan makanan yang dibawa tidak terdedah pada pencemaran.

Sumber : Jabatan Keselamatan dan Kualiti Makanan

Aziezzan