Banyak bahan makanan yang ada di dapur tidak hanya bermanfaat untuk dijadikan hidangan. Beberapa di antaranya juga merupakan bahan pembersih pembersihan semula jadi. Salah satunya adalah kentang. Ternyata, kentang pun merupakan bahan semula jadi yang mampu membersihkan peralatan masak Anda. Nah, apa saja manfaat kentang? Dipetik dari The Kitchen, berikut beberapa uraiannya
1. Membersihkan kuali yang berkarat
Kentang mengandung acid oksalik yang dapat meluruhkan karat. Oleh kerana itu, anda boleh menggunakan kentang untuk membersihkan karat pada kuali besi. Caranya, potong kentang menjadi dua bahagian. Kemudian, rendam bahagian yang terpotong ke dalam baking soda atau sabun cuci pinggan, lalu gosokkan ke bahagian yang berkarat. Jika kentangnya sudah terasa licin, potong lagi dan ulangi proses di atas. Ulangi hingga karat hilang, lalu bilas dan keringkan. Cara ini juga boleh digunakan untuk menghilangkan karat dari peralatan masak lainnya, misalnya gunting, pisau dan sebagainya.
2. Menghilangkan kesan hitam pada peralatan perak
Air rebusan kentang jangan terus dibuang. Sebab, dapat digunakan untuk membersihkan peralatan berbahan perak, misalnya senduk, garpu atau pisau. Masukkan peralatan perak tersebut ke dalam bekas berisi air rebusan kentang. Diamkan selama setidaknya satu jam. Ketika peralatan diangkat dari di bekas berisi air rebusan kentang, lap hingga kering dan kesan akan menghilang.
3. Membersihkan lensa kacamata
Lensa kaca mata nampak seperti berkabur? anda boleh membersihkannya dengan menggunakan kentang. Caranya, hiris kentang mentah dan gosokkan ke lensa kaca mata. Pati atau zat tepung pada kentang mampu membersihkan tumpukan kotoran tanpa merosakan lensa kacamata.
4. Membersihkan serpihan kaca
Tak sengaja memecahkan gelas atau pinggan? Anda dapat dengan hati-hati memungut serpihan kaca yang besar. Namun, serpihan kaca berukuran kecil kerap sulit diambil dan dibersihkan. Akibatnya, seringkali tertinggal di lantai dan berisiko menusuk tapak kaki. Cara membersihkannya, ambil kentang mentah dan potong menjadi dua. Tekan bahagian yang dipotong ke area pecahan kaca. Pecahan kaca akan menempel pada kentang.
Sumber- The Kitchn