Siakap Keli

Tak Memilih Kerja, Graduan Kejuruteraan Ini Gigih Kayuh Basikal Jual Teh Masala Di Sekitar Brickfields

Sikap memilih kerja menyebabkan kebanyakan graduan di negara ini mengganggur. Keadaan kini bertambah sukar apabila syarikat-syarikat yang terjejas mula mengurangkan pekerja akibat wabak Covid19.

Oleh itu, setiap graduan perlu bijak dan kreatif mencari peluang untuk menjana pendapatan seperti perkongsian di Twitter oleh seorang individu dikenali sebagai Visalini.

Menurutnya, seorang pemuda iaitu Mr Kavie memberikan inspirasi dan motivasi kepadanya dalam mencari rezeki dengan tidak memilih pekerjaan.

Walau bergelar graduan kejuruteraan daripada sebuah universiti, pemuda itu tidak kisah menjual teh masala dengan menaiki basikal di kawasan Bricksfield.

Teh tersebut dibancuh oleh pemuda itu menggunakan resipi sendiri dan dijual menggunakan basikal supaya dia lebih mudah mendekati orang ramai.

Waktu perniagaannya hanya sekitar dua jam sehari dari pukul 3 hingga 5 petang. Sebanyak 200 cawan akan dijual di dalam tempoh tersebut.

 

Rata-rata warganet yang membanjiri ruangan komen turut menyifatkan apa yang dilakukan oleh pemuda itu memberikan inspirasi kepada orang ramai supaya tidak malu dalam mencari rezeki.

Selalu nampak, tak sangka graduan ‘engineering’

 

Idea yang sangat praktikal

Zaman sekarang memang susah cari kerja

Sumber: Twitter @Visalini_

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.