Siakap Keli

TERKINI COVID-19: Malaysia Catat Kes Sembuh Paling Tinggi Hari Ini, 2,555 Kes Pulih Dilaporkan

PUTRAJAYA, 26 Nov – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan angka kes sembuh hari ini paling tinggi pernah dicatatkan dengan 2,555 kes dilaporkan hari ini.

Angka tersebut menjadikan jumlah kumulatif sembuh setakat ini turut meningkat sebanyak 49,056 kes.

Dalam pada itu, kes positif baharu pula kekal tiga angka seperti semalam dengan hanya 937 kes sahaja yang direkodkan hari ini.

Menurut data KKM, Sabah hari ini mencatatkan angka harian tertinggi sebanyak 326, diikuti Selangor dengan 161 kes, Negeri Sembilan 158 kes, Perak 79 kes dan Johor 60 kes.

Berita lanjut menyusul.

Sumber: KKM

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.